Thursday, January 5, 2012

Kenyataan Kehidupan Seorang Gadis

Kata orang, hidup ini tidak selalu indah dan tidak selalu sedih. Tidak semua yang diharapkan akan menjadi kenyataan. Ada yang suka dan ada yang tidak. Abah dan mama pernah berpesan, hiduplah di atas muka bumi ALLAH ini dengan penuh rasa bangga kerana kita dilahirkan sebagai seorang islam dan jadilah kita sebagai seorang manusia yang benar-benar islam. Dan aku berterima kasih kepada abah dan mama kerana sentiasa menjadi My Hero and My Heroin di dalam hidupku.

Pernah atau tidak kita bertanya dengan diri kita, kenapa kita gembira hanya di hadapan orang tetapi sebaliknya di belakang? Kenapa mesti ada kepura-puraan di dalam hidup? Adakah disebabkan jiwa kita tidak tenang atau perasaan kita yang sebenarnya terganggu? Atau mungkin kita ada masalah yang terpaksa kita tanggung sendirian? Tepuk dada tanya selera.

Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Tentunya kita tidak mahu ada mana-mana pihak yang merasa kecewa, tetapi hakikatnya amat perit untuk ditelan. Kenapa ALLAH menguji kita? Adakah disebabkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan atau kerana ALLAH itu hendak menghukum kita? Semuanya meninggalkan tanda tanya. Namun, ingatlah bahawa segala ujian yang diberi bukan untuk menghukum tetapi untuk menguji keimanan kita.

Kenapa kita boleh memberi nasihat dan dorongan kepada orang tetapi apabila di saat kita memerlukan bantuan, tiada siapa disisi kita. Keluarga, saudara, rakan mahupun kenalan. Kosong. Sebagai manusia kita tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya mereka tiada disisi kita. Mungkin sibuk, mungkin lupa atau mungkin tidak ambil peduli. Mungkin.

Kita akan rasa sedih apabila kita dipinggirkan oleh keluarga, rakan atau sesiapa sahaja. Adakah kerana kita ada melakukan apa-apa kesalahan atau sebenarnya kita layak mendapat layanan begitu? Tetapi atas alasan apa jika dikatakan kita melakukan kesalahan atau kita layak mendapat layanan sebegini? Kenapa manusia terus membuatkan kita terpinga-pinga mencari jawapan yang kita sendiri tidak pasti. Dan kenapa meletakkan kesalahan itu di atas bahu kita semata-mata. Orang tidak faham dengan apa yang kita lalui kerana mereka tidak berada di tempat kita. Manusia sememangnya sukar diramal. Mungkin satu hari nanti.

Kenapa hati kita tidak pernah tenang? Kenapa kegembiraan itu hanya dapat dikecap dalam tempoh yang begitu singkat? Atau kita takut untuk meluahkan apa sebenarnya yang kita rasa?Kerana kita sendiri tidak tahu kenapa. Susah untuk diluahkan. perit dan sakit untuk ditanggung sendirian.

Atas nama ALLAH, aku teruskan hidup. Atas nama ibu dan bapaku, aku teruskan berjuang dan atas nama diriku, aku teruskan semangatku untuk menempuh dugaan dunia. ALLAH sentiasa ada bersama kita asalkan kita tidak lupa pada ALLAH. Teruskan perjuangan kita didunia ini selagi kita berpeluang. Dan yang paling penting, "Just Be Yourself Instead Of being Someone That You Can't Never Be". Dan itulah aku, NURUL LIYANA BINTI ABD RAZAK.

No comments:

Post a Comment